Wednesday, March 3, 2010

.:: sikap OPTIMIS : buat kehidupan yg lebih baik ::.


“Bersyukur dengan rezeki yang diberi.
Tidak kira banyak atau sedikit.
Ucaplah Alhamdulillahirabbil a’lamin”

Sikap Optimis.
Sikap optimis ini boleh terbentuk dalam diri dengan berfikiran dan melakukan perkara yang terarah kepada sikap tersebut. Terdapat beberapa faktor persekitaran yang dapat membentuk sifat ini seperti:
  • Maklumat atau berita yang diterima
  • Didikan keluarga
  • Pergaulan
Ciri-ciri orang yang optimis:
  • Gembira
  • Bersemangat
  • Cara Percakapan
Mengekalkan Sikap Optimis
Bagaimana kita dapat mengekalkan sikap optimis ini walaupun sedang menghadapi masalah? terdapat beberapa cara yang dapat anda lakukan untuk sentiasa bersikap optimis:
  • Bukan sifat kekal
Tanamkan dalam diri, bahawa masalah bukan bersifat kekal untuk jangka masa yang
lama. Namun anda perlu segera mencari jalan penyelsaian kepada masalah tersebut.
  • Cari aspek positif
Setiap perubahan mempunyai aspek positif dan negatif. Ini semua bergantung kepada cara melihat perubahan tersebut. Tidak dinafikan setiap perubahan ada menimbulkan rasa janggal. namun carilah aspek positif perubahan tersebut.
  • Bersedia menghadapi perubahan
Serahkan segala usaha anda kepada Allah SWT. Bergantung harap pada Allah setelah berusaha, adalah merupakan sikap yang optimis. Yakin bahawa Allah akanmenolong kita dalam setiap langkah agar setiap langkah yang kita ambil terhindar dari tekanan.
Namun begitu, kita juga harus berusaha agar sentiasa menjadi yang terbaik dan mampu membuat keputusan dengan berlandaskan akal yang bijak.

Tip menjadi individu optimis:
  • Tanamkan pada diri sendiri bahawa anda boleh menjadi cemerlang dalam segala perkara yang anda lakukan.
  • Jangan merasa ragu untuk melakukan perubahan. Rangka masa agar boleh melakukan perubahan.
  • Lakukan perancangan dan bertindak dengan teliti agar kehidupan lebih bersemangat.
  • Sentiasa berfikiran positif setiap waktu.
  • Ceria dan gembira sentiasa pastikan diri dalam keadaan baik dan tidak terdorong melakukan perkara negatif.

. :: anugerah dan amanah ::.


Kasihan, anak kecil belum pun sampai  usia persekolahan rendah. Anak kecil itu..dibaling,didera fizikal macam baling bola je. Tapi sian budak sekecil itu dah alami sengsara yang dicipta oleh orang dewasa. Apalah tubuh kecil itu mampu lakukan. Selain menangis. Tapi bila menangis ditekup mulutnya oleh tangan sasa dan gagah. Apalah tubuh kecil itu mampu lakukan bila ada manusia berhati syaitan iblis laknatullah menzinai anak kecil itu. Lebih parah tak kira,anak kecil itu lelaki ke ,perempuan ke..dianiaya pula melalui zina yang dilaknat Allah,perbuatan kaum Nabi Luth.

Monday, March 1, 2010

.: 9 SITI patut dicontohi ::.


Diambil dari satu petikan web untuk perkongsian bersama...

Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

Siti Fatimah
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.

:: cerita mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut ::


Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut

1. Mempertahankan Iman itu Lebih Susah Dari Meniti Sehelai Rambut (Abubakar r.a.);

2. Memerintah Dengan Adil Itu Lebih Sulit Dari Meniti Sehelai Rambut (Umar r.a.);

3. Beramal Dengan Ilmu Yang Dimiliki Itu Lebih Sulit Dari Meniti Sehelai Rambut (Utsman r.a.);

4. Membuat Tamu Senang Sampai Kembali Pulang Ke Rumahnya Adalah Lebih Sulit Dari Meniti Sehelai Rambut (Ali r.a.);

Friday, January 29, 2010

..pemilihan nama anak tidak semesti daripada bahasa arab...


Sesetengah ulama haramkan nama biasa digunakan orang kafir.

Nama adalah identiti dan nilai diri. Pengenalan awal diri seseorang bergantung kepada nama. Bahkan, harta pertama yang diberikan ayah atau ibu kepada anaknya adalah nama.

Islam menetapkan ibu bapa menamakan anak dengan nama yang bermaksud baik. Sifat manusia sukakan yang indah dan baik. Islam itu indah. Allah sukakan yang indah.

Justeru, pemilihan nama anak tidak harus dipandang ringan. Nama anak yang didaftarkan tidak boleh ditukar, melainkan atas keperluan tertentu.

Sebagai Muslim kita percaya kepada hari kebangkitan atau hari akhirat. Sesungguhnya nama diberikan kepada anak di dunia kekal digunakan di akhirat. Setiap anak Adam dibangkitkan dan dipanggil dengan nama seperti nama di dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Pemilihan nama anak secara tidak langsung melambangkan identiti ibu bapa. Ibu bapa bertanggungjawab memilih nama anak mereka dengan penuh teliti dan berhemah.

Nama yang baik adalah doa, harapan ibu bapa kepada anak mereka. Dengan memberikan nama yang baik, mencerminkan niat suci ibu bapa supaya anaknya menjadi manusia yang baik seperti tersirat di sebalik namanya.

sumber

 

..pELanGi kEHiduPan.. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino